Penyakit
kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang
dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang
terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang
gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki
atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat
pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu
terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun
lelangit mulut.
Biasanya
kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif
seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini
kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.
Kesan pada
bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun
begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu
langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rawatan bagi
penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk
megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.
Penyakit ini
boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang
terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka
sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi
mengurangkan transmisi penyakit ini

tq for the info... :)
ReplyDeleteu're welcome...sharing is caring :D
Delete