Klik...klik...klik...

March 27, 2012

:: Sambut sekali harijadi Danish & Abah Tok ::

Hari Sabtu lepas (24.03.2012) juga merupakan ulangtahun kelahiran my FIL yang ke-63 tahun. Dua hari sebelum tu dah dengaq, yang FIL nak buat makan-makan...nak kumpulkan semua anak2/menantu...disamping abah nak bertazkirah ngan kami semua.........so alang-alang abah nak buat makan-makan utk hari jadinya, en suami pun bersuara la...bolehlah kita sambut sekali dengan hari jadi hero kecil a.k.a anak aku . sudahnya abah pun setuju...dan masa hari kejadian, abah seawai pagi dah bangun buat masak-masa untuk anak cucu makan...semangat tak hengattt tau my FIL nie...abis lupa yang dia tu sakit lutut...masak sambil duduk pun tak kisah...janji anak/menantu/cucu semua dapat kumpulkannnn........hari sabtu tu..FIL masakan pulut kuning + rendang daging...dan plak, sambagai tambahan, anak-anak tolong orderkan pizza....yiiiiipiiiiiiiiiiiiiiii (*_^)

Nama pun sambut hari jadi kan...kalau tak dak kek, nampak sangat tidak lengkap okeyyy majlis hari jadi....petang tu, sementara hero kecik tido, aku ngan si kakak memecut ke kedai kek...tak dapat yang besar...yg kecik pun jadilah (*_^). selain kek, ada lagi aksesori lain yg aku beli...belon...topi......

Kalau ikutkan plan....lepas sembahyang isyak majlis bermula...tapi disebabkan kelewatan penghantaran pizzza, sudahnya dekat pukul sepuluh baru dapat makan-makan...mau dah tahap kebulur dah time tu...budak2 plak nasib baik la petang tu dlm pukul 7++ aku dah suapkan depa makan nasi...akibat ketaksuban perut yang keroncong tak hengattt....sudahnya aku lupa nak keluarkan topi yang dibeli kat kedai tadi ngan si kakak.....tapi nasib baik kek aku hengatkan nak keluarkan :)))))









Gambar birthday potong kek tak ada.....sbb time org nak tiup + potong kek....birthday boy sibuk dok layan "twinkle-twinkle" kat youtube...sabor jer lah!!!!!



March 26, 2012

:: Happy Birthday my Boy ::

Hari nie genaplah umuq si kecik 2tahun...sekejap ja rasanya....pejam celik, pejam celik, Danish dah pandai berkata-kata...terasa sebak jer dada nie...Syukur sangat pada Ilahi sebab bagi aku kesempatan & rezeki untuk menyusu badan pada si Danish.

Anak ku Danish Akmal B Nadmin,

Semoga anak mama membesar menjadi seorang yang berguna dan juga cemerlang di dunia & akhirat. & semoga dipermudahkan segala urusan...semoga sayang mama terus tabah & cekal dalam menghadapi cabaran dunia yang penuh panca roba..







March 24, 2012

:: Meh buat ukuran badan sebelum nak shopping online ::

Memang jarang kan ada penjual busana secara online yang memasukkan panduan khusus bagi memudahkan pelanggan memilih dan membeli, pelanggan akan lebih yakin malah kredibiliti penjual lebih tinggi kerana menjual berpandukan ilmu.

Laman web "shopeyourshape" membekalkan panduan berkaitan bentuk badan. Ini menggalakkan pelanggannya mengetahui bentuk badan diri terlebih dahulu sebelum mencadangkan busana yang sesuai untuk bentuk badan pelanggan.

Pastinya pelanggan akan membeli dengan berhemah apabila penjual menjual dengan berilmu.



March 23, 2012

:: Masing2 enjoy + layan youtube + papa sibuk ::

Tak lain tak bukan...nie kesah anak-anak aku..skrg nie,belah malam ajer...in between maghrib & isyak, aku akan bagi bebudak nie layan youtube nursery rhytme..salah satu sebab aku bagi depa nie tengok adalah kerana nak depa duk diam2 sat...sementara aku solat...pas tu plak...en suami skrg nie mmg tengah bertungkus lumus nak siapkan tugasan dia yg nak kena hantaq...hikhihk...hari tu aku...skrg en suami pulak.....jadinya, sementara en suami dok sibok ngan keja sekolah dia...anak2 boleh la ralit kejap sementara aku nak layan depa main kan...

Antara pic anak-anak yg sempat aku tembak sepanjang depa dok mengadap netbook  sambil mengikut pegerakan animasi lagu-lagu yg berkenan di hati (*_^)








Mama & papa sayang sangat kakak & adik...apa yg kami buat semua utk masa depan korang...harap bersabar ye sayang mama&papa.......peluk korang rapat2...muahhhh

:: Etika Duduk ::

Seseorang wanita itu perlu belajar untuk duduk cantik. Apabila duduk, seseorang wanita itu perlu menyilangkan    di pergelangan buku lali kaki, kerana ini akan menampakkan "self-confidence" dan juga memberikan postur yang baik serta marks the quality of character and nature .


Nota : Paling kiri (tudung oren) adalah Pakar Perunding Imej. Gambar ni semasa beliau dipanggil oleh pihak TV Al-Hijrah