Klik...klik...klik...

April 4, 2012

:: Menyulam Kasih Bertaut Sayang Part 1 ::

Salam uolls....nak citer skit la....kesah aku ke BOTA last week..

Aku ke BOTA nie sbb ada projek utk subjek Pem Masyarakat (ko-k) utk sem-4..mau tidak mahu mmg aku kena p jugak...so utk sem 4, aku dah masuk group yg baru..ahli kumpulan aku seramai 21org..so atas persetujuan ramai, kumpulan aku dinamakan sebagai KEJORA...

Program Menyulam Kasih Bertaut Sayang di Bota adalah xtvt bersama-sama pelajar OKU....yang terdiri daripada budak2 sindrom down & slow learner.Pelbagai xtvt menarik dah kami susunkan utk budak2 nie semua. Objektif utk group aku utk projek ni antaranya adalah utk kita mengenali secara tidak langsung kanak-kanak OKU nie...disamping kita nak bagi budak2 nie kekuatan & keyakinan utk mereka sertai xtvt yg akan kita jlnkan nanti...selain itu, kita nak bagi tau secara tidak langsung, masih ada lagi insan yg prihatin akan pelajar-pelajar OKU nie.


(Kebetulan plak....depan kenderaan aku semasa atas highway...ada pulak bas express yg sama nama cam kumpulan aku....KEJORA)

Hari Jumaat (30 Mac 2012) seawai 945am aku dah sampai ke IPB..tapak berkumpul sebelum bertolak ke BOTA..time aku sampai tu mmg dah hujan rebas-rebas...sudahnya ramai jgak ahli kumpulan aku yg sampai agak tersasar dari waktu yg ditetapkan iaitu 10.00am..tak pa la...dah hujan kann :(...dan kesudahannya, dekat pukul 11+ baru la berlepas...aku, fiza & su naik keta ngan HAZRI...pas tu ada lg 3 buah kenderaan lagi...masing2 dah ada penumpang...jalan dari IPB menuju ke tol DUTA sangat la clear....& atas highway pun clear jgk...mau gila2 la jgk bdk2 nie bawa keta...saborr ajer lahh!!!!

So...utk check point yg pertama, kitaorg berhenti dulu di R&R Tapah, ada yg nak makan la....nak kencing la....segala macam lah!!!!dekat R&R tu pun mau sejam ++ jgk....geng2 haku yg gegirl nie....soping tak hengatt!!!ngan buah jambu batu lah....jambu air lahh....buah nona lahh....kuah rojak mak bee lah....aishhhh.....macam balik nanti tak lalu dah kat R&R nie....hihkihk...






Dah agak puas makan + sembang2 di R&R Tapah, dalam pukul 2 baru tayar sambung bergolek....dan seterusnya exit di 138 (Ipoh) & menyusur ke SG Siput & akhirnya dekat pukui 3++ kitaorg sampai ke destinasi utk bermalam....Asrama BTPN (Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak). Dah sampai situ....tugas seterusnya bermula, iaitu turunkan barangan yg dibawa dr KL, segala brngan yg diperolehi dari Bank Rakyat utk dijadikan goodies bag utk bdk2 yg terlibat ngan program kitaorg keesokkan harinya..tapi sebelum tu kena check-in dulu...satu bilik 2org.....dan aku satu bilik ngan si Sha...selesai loading semua barang2 tu....kami bergerak pulak ke tapak program iaitu di Sek.Men Sri Iskandar, Bota...pengangkutan kami ke sana pun dah disediakan....sebiji bas....tq K.Lia...sbb memudahkan lagi pergerakan kami...K.Lia nie, one of my group member, dia boleh dikatakan org kuat yg banyak melancarkan projek & aktiviti kami semasa di Perak :D









(sebahagian dari budak kumpulan aku)


to be continue.....






April 3, 2012

:: Satu hari tanpa mama & tetek ::

Alahiii anak-anak aku nie....baru satu hari a.k.a satu malam jer mama tinggai...sampai demam korang yer...camner nie...kalau next time mama kena g mana2 lagi....mau aku hangkut korang semua nanti!!!
Last week, aku kena outstation...itu pun satu malam ajer...aku kena ke BOTA, utk projek Ko-K, hari jumaat pagi dah gerak...then program hari sabtu (31 Mac 2012) ...lepas program baru balik, itu pum pang...pum pang...dekat pukui 8++ mlm baru sampai IPB (Institut Professional Baitulmal)...En suami datang jemput kat situ...aku masuk keta jer, terus en suami suruh ambik si Danish & suruh bagi tetek...demam katanya...siannya anak mama...si kakak pulak, esok ahad petang baru la demam.....



March 30, 2012

:: Word have power # 01 ::

Orang yang berjaya dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang adalah orang yang fokus, dan konsisten. mereka yakin dengan apa yang mereka usahakan dan tidak mudah berubah arah atau lari dari sasaran. 

Biasanya manusia belajar lebih cepat daripada kesilapan, pengalaman dan dengan mencontohi orang lain.







Sumber : Perunding Imej Profesional

March 29, 2012

:: Mengenal bulu khinzir ::

Kebanyakan berus yang murah dari china diperbuat dari bulu khinzir. ini kerana terdapat ciri ciri khas pad bulu tersebut, menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir :
1. Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras
3. Susah tertanggal @ cepat rosak
4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain

Bulu babi dipanggil "BRISTLE" kerana bentuk yang keras dan kasar. hujung bulu babi mempunyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang. 

Maha Suci Allah, menjadikan bulu babi berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat islam dapat membezakannya. namun masih ramai yg tidak mengetahuinya. Jadi berhati-hatilah, insya-Allah dengan izin-Nya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.



Sumber : Boleh dipercayai (*_^)

March 28, 2012

:: Duit RM150 dalam sampul & dalam bungkusan ::

Cerita pasai harijadi lagii....harap korang jangan la bosan key :D

Bersemperna sambutan harijadi hero yang ke-2 tahun...wan & maktok dari kedah dah siap poskan hadiah. Hadiah tu selamat sampai kat opis aku hari Jumaat (23.03.2012)...kalau korang nak tau, dalam bungkusan hadiah tu adalah buku  dan dalam tu juga ada sampul duit RM150....syukur alhamdulilah selamat sampai...kalau tidak putih mata :D

Yang sebenarnya, duit RM150 tu wan bagi sebab nak suruh belikan basikal untuk birthday boy....sudahnya, semalam (daripada ampang)sebelum balik rumah (Saujana Utama) en suami ajak singgah kejap kat pekan sg buloh...sbb nak belikan basikal....dan akhirnya si kecik dah memiliki basikal sendiri...tinggai tak berapa nak reti kayung jer lagii...tak per adik...usaha lagi sampai boleh okey (*_^)...so kat sini aku nak sarankan la...pada mama@papa yang nak carikan basikal/kereta mainan(yg besar---->guna bateri) boleh la korang datang kat kedai sg buloh nie....mmg sgt banyak & berbaloi2 okeyy....basikal utk birthday boy tu aku dapat RM85/=...tapi kalau kat carefour aku tgk rege dia dlm RM100++...mahai sgt!!!!...en suami siap booking sebiji kereta lambogini lagi kat kedai tu habuan utk anak bujangnya......tp nak ambil bila tu aku tak pasti laaa.....hihkhk....rege dlm RM400 ++...besar punyyaaa......







Alang-alang adik dah dapat...kakak pun wan tak lupa juga tauuu...wan dah siap pesan, kalau ada duit lebih belikan juga utk si kakak...sudahnya kakak pun dapat satu...apa yang kakak dapat yer..... 


Lepas dah puas duduk2...kayuh2 skit atas basikal...si kakak plak take turn naik basikal adik sambil membonceng adik dibelakang....so sweeeeeeeeeeeetttttttt (*_^)