Klik...klik...klik...

March 24, 2012

:: Meh buat ukuran badan sebelum nak shopping online ::

Memang jarang kan ada penjual busana secara online yang memasukkan panduan khusus bagi memudahkan pelanggan memilih dan membeli, pelanggan akan lebih yakin malah kredibiliti penjual lebih tinggi kerana menjual berpandukan ilmu.

Laman web "shopeyourshape" membekalkan panduan berkaitan bentuk badan. Ini menggalakkan pelanggannya mengetahui bentuk badan diri terlebih dahulu sebelum mencadangkan busana yang sesuai untuk bentuk badan pelanggan.

Pastinya pelanggan akan membeli dengan berhemah apabila penjual menjual dengan berilmu.



March 23, 2012

:: Masing2 enjoy + layan youtube + papa sibuk ::

Tak lain tak bukan...nie kesah anak-anak aku..skrg nie,belah malam ajer...in between maghrib & isyak, aku akan bagi bebudak nie layan youtube nursery rhytme..salah satu sebab aku bagi depa nie tengok adalah kerana nak depa duk diam2 sat...sementara aku solat...pas tu plak...en suami skrg nie mmg tengah bertungkus lumus nak siapkan tugasan dia yg nak kena hantaq...hikhihk...hari tu aku...skrg en suami pulak.....jadinya, sementara en suami dok sibok ngan keja sekolah dia...anak2 boleh la ralit kejap sementara aku nak layan depa main kan...

Antara pic anak-anak yg sempat aku tembak sepanjang depa dok mengadap netbook  sambil mengikut pegerakan animasi lagu-lagu yg berkenan di hati (*_^)








Mama & papa sayang sangat kakak & adik...apa yg kami buat semua utk masa depan korang...harap bersabar ye sayang mama&papa.......peluk korang rapat2...muahhhh

:: Etika Duduk ::

Seseorang wanita itu perlu belajar untuk duduk cantik. Apabila duduk, seseorang wanita itu perlu menyilangkan    di pergelangan buku lali kaki, kerana ini akan menampakkan "self-confidence" dan juga memberikan postur yang baik serta marks the quality of character and nature .


Nota : Paling kiri (tudung oren) adalah Pakar Perunding Imej. Gambar ni semasa beliau dipanggil oleh pihak TV Al-Hijrah

March 22, 2012

:: 5 from 7 + coming soon 2 = 9

Nie laa antara cucu-cucu abah tok & opah ampang....mmg sangat riuh la bila sekali-sekala semua berkumpul...dah macam nak pecah rumah pun ada......kejap2 ada yg suka....kejap2 ada yg nangis....hadoiiiiii...mesti pening opah/abah tok....hikhkhk....tak per...dalam pening2 tu, mesti abah tok & opah sangat suka bila semua cucu cucu dia ada kan...7 orang.....lagi 2 is coming soon this Jun & Julai...yehaaaaa!!! aku nyer turn plak bila yer...terhengit lagi nie nak tambah adik utk si Damia & Danish (*_^)






March 21, 2012

:: Cara kelihatan lebih langsing ::

Warna hitam (atau warna gelap yang lain) akan memberikan efek yang langsing apabila digandingkan dengan pemakaian dengan warna putih (atau warna cerah yang lain)


Baju dengan jalur menegak, akan memberikan efek langsing kepada si pemakai. Jalur tegak yang rapat akan menampakkan pemakai lebih langsing berbanding jalur tegak yang mempunyai jarak antara satu sama lain.



Sumber : Mary - Anni Fan Page : Pakar Perunding Imej